Monday, April 23, 2012

Manusia Di Langit dan Manusia Di Bumi - Pengenalan

"Manusia Di Langit dan Manusia Di Bumi" merupakan sebuah judul buku ditulis oleh Allahyarhamm Amaluddin Darus yang menganalisa perjuangan politik manusia-manusia keturunan Adam di planet Bumi menurut kacamata al-Quran. Tidak hanya terhad kepada buku "Manusia Di Langit dan Manusia Di Bumi", Amaluddin Darus sememangnya terkenal cuba memberi jawapan kejadian-kejadian yang bakal dialami manusia-manusia Bumi berdasarkan perkhabaran di dalam al-Quran dan juga Hadis. Bagaimanapun Amaluddin Darus juga terbuka dengan petikan-petikan dari berbagai sumber-sumber keagamaan yang lain misalnya Bible (Perjanjian Baru dan Lama), kitab-kitab kuno malahan pandangan ahli-ahlin nujum sebagai maklumat dan pengetahuan tambahan kepada para pembaca.

Saya berpendapat pandangan-pandangan Amaluddin Darus adalah diluar jangkauan pemikiran biasa yang sering dicorak oleh pemikiran arus perdana yang sering terikat dengan satu norma pemikiran yang stereotaip. Ini tidak terhad kepada penulisan beliau dalam "Manusia Di Langit dan Manusia Di Bumi" malah termasuk karya beliau yang lain misalnya Satu Cabaran, Menjelang Isa Turun Ke Bumi, Al-Quran dan Manusia Di Bumi, Pintu Langit Mula Dibuka dan lain-lain lagi.

Amaluddin Darus telah lama pergi meninggalkan kita, ilmu pengetahuan dan pemikiran yang dicetuskan beliau sewajarnya diberi perhatian. Ia suatu mutiara yang sangat-sangat berharga yang perlu digilap kembali.

No comments:

Post a Comment