Tuesday, April 24, 2012

Objektif


Objektif blog ini adalah untuk melihat dan menilai serta menambah kembali fakta-fakta yang diketengahkan oleh Allahyarham Amaluddin Darus di dalam menganalisa manusia yang turun dari planet lain ke planet bumi seperti terdapat dalam buku-buku, rencana-rencana tulisan Allahyarham Amaluddin Darus dan semestinya tidak terhad kepada buku yang berjudul "Manusia Di Langit dan Manusia Di Bumi" sahaja. Selain dari itu perbincangan ilmu-ilmu pengetahuan terkini yang berkait dengan soal kehidupan di planet lain samada berkait atau tidak berkait rapat dengan analisa buku-buku beliau adalah juga sangat-sangat digalakkan.

Kita juga akan melihat apa hubungkait UFO dengan berbagai peristiwa sejak dari zaman turunnya Adam ke planet bumi. Teknologi manusia antara zaman Adam hingga Nabi Nuh dan melihat cuba mengaitkan keadaan geologi pada masa itu dengan isyarat-isyarat yang telah diberi petunjuk oleh Allah di dalam al-Quran

Juga akan dibincangkan penaklukan manusia langit terhadap manusia bumi yang sering difahami sebagai makhluk asing menakluki bumi apabila berlakunya peristiwa turunnya Nabi Isa ke planet bumi bersama dengan bala tenteranya yang terdiri dari makhluk-makhluk UFO. Terjadinya penaklukan terhadap bumi tentu punya rentetan-rentetan peristiwa penting yang telah menjadi sejarah namun adalah penting untuk diteliti dan difahami untuk memahami peristiwa-peristiwa bakal terjadi menurut apa yang telah diberitahu oleh Allah melalui al-Quran .




Monday, April 23, 2012

Manusia Di Langit dan Manusia Di Bumi - Pengenalan

"Manusia Di Langit dan Manusia Di Bumi" merupakan sebuah judul buku ditulis oleh Allahyarhamm Amaluddin Darus yang menganalisa perjuangan politik manusia-manusia keturunan Adam di planet Bumi menurut kacamata al-Quran. Tidak hanya terhad kepada buku "Manusia Di Langit dan Manusia Di Bumi", Amaluddin Darus sememangnya terkenal cuba memberi jawapan kejadian-kejadian yang bakal dialami manusia-manusia Bumi berdasarkan perkhabaran di dalam al-Quran dan juga Hadis. Bagaimanapun Amaluddin Darus juga terbuka dengan petikan-petikan dari berbagai sumber-sumber keagamaan yang lain misalnya Bible (Perjanjian Baru dan Lama), kitab-kitab kuno malahan pandangan ahli-ahlin nujum sebagai maklumat dan pengetahuan tambahan kepada para pembaca.

Saya berpendapat pandangan-pandangan Amaluddin Darus adalah diluar jangkauan pemikiran biasa yang sering dicorak oleh pemikiran arus perdana yang sering terikat dengan satu norma pemikiran yang stereotaip. Ini tidak terhad kepada penulisan beliau dalam "Manusia Di Langit dan Manusia Di Bumi" malah termasuk karya beliau yang lain misalnya Satu Cabaran, Menjelang Isa Turun Ke Bumi, Al-Quran dan Manusia Di Bumi, Pintu Langit Mula Dibuka dan lain-lain lagi.

Amaluddin Darus telah lama pergi meninggalkan kita, ilmu pengetahuan dan pemikiran yang dicetuskan beliau sewajarnya diberi perhatian. Ia suatu mutiara yang sangat-sangat berharga yang perlu digilap kembali.